Klinik Kerajaan
Hari ini, pagi-pagi lagi mak dah ingatkan dia ada pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan Merlimau yang baru. Dalam pukul 9 lebih aku dah siap untuk bawa beliau. Sampai di klinik orang belum terlalu ramai lagi. Pertama kali sampai di klinik yang baru dibuka dalam pertengahan bulan Mei lalu. Pada aku, klinik baru ini patutnya sudah lama boleh dibuat memandangkan penduduk yang semakin bertambah. tapi untuk yang tiada kenderaan, mereka agak sukar untuk datang ke sini adisebabkan stesen bas dan teksi yang jauh kedudukannya.. mungkin aku boleh jadi prebet sapu bila sudah berhenti kerja nanti..:)
Semua serba canggih tetapi yang tak tahan tu terpaksa menunggu lama untuk ambil ubat, satu kaunter saja yang ada untuk tiga bahagian pemeriksaan. Sama seperti hospital besar juga. Emmm...ini yang membuatkan rasa malas nak ke klinik kerajaan.
Lagi satu tiada tanda arah untuk ke tandas, terpaksa tanya jururawat di kaunter luar. Masuk semula tapi rasa malas nak mencari..akhirnya singgah di gerai makan sepupu arwah abah untuk qada hajat...
Sunday, June 14, 2009
Sunday, May 31, 2009
Kerja..berhenti atau tidak????
Sekarang nie memang aku tiada mood langsung nak bekerja. Sudah berjumpa bos dan berbincang tapi tiada penyelesaiannya kerana dia pun tidak mahu berkorban bagi memastikan aku terus bekerja di syarikatnya. Oleh itu apa kah aku patut berkorban jiwa dan perasaan untuk terus bekerja dan memajukan syarikat beliau?...ohhh tidak rasanya, cukup la sampai habis bulan jun ini... aku percaya rezeki Allah ada dimana-mana...

Wednesday, April 22, 2009
UMRAH - 27/3/2009 hingga 8/4/2009
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya aku diberi kesempatan oleh Nya untuk menunaikan Umrah bersama abang dan kakak ipar. Harapan ku semoga di lain waktu dapat pergi dengan mak.. tentu lagi seronok dapat beriktikaf di masjidilharam dan masjid Nabawi.
Saturday, February 28, 2009
Kali pertama kena handle booking (selalu arwah ofis mate yg buat) makan untuk majlis seramai 150 org (anggaran yg akan hadir) dan tolong lebihkan utk dua tiga meja...ceh..poooracit..sekali datang mau dekat 200 tadi..hampeh betul tukang organizer tu... mana ler kita org nak cekau ikan-ikan dan lain2 utk dimasak.. kalau ada pun kena ler tunggu ... dengar kena tunggu marah-marah ler pulak... hish2 dahsyat sungguh org2 ini... ada nak pergi kedai lain dan nak suruh kita orang bayar... mana ilmu itew dia belajar?
Dah ler pilih pakej paling murah tapi nak makan sedap, nak ada udang, khemah dan aksesori lain kita tanggung... itu la selalu yang berlaku bila jabatan .... (maaf la terpaksa cakap) nak makan di kedai kami alasannya ialah sebab kenal bos dan bos pulak tolak pada aku...aduhhh ... kalau tolak gaji dia sekali kat aku bagus jugak.. hutang lagi tu...tension..tension
Kalau duit dia bagi kat orang ghazal itu digunakan utk tambah pakej kan bagus... order je pakej 30 hengget sorang, semua ada siap dengan udang bakar dan pencuci mulut sekali baru ler puas orang makan...

Thursday, February 26, 2009

aku di Medan Tiananmen, Beijing tahun 2008. Sejarah yang paling aku ingat tentang tempat nie ialah kisah rusuhan yang menumpahkan darah yang diketuai oleh para pelajar dan intelektual. masa tu tahun 1989 (tengah buat matriks di UPM)..nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini..http://en.wikipedia.org/wiki/Tiananmen_Square_protests_of_1989
Ikan dan hujan....
apa kena mengena ikan ini dengan hujan aku tak tau la..tapi kalau dibuat pais dan kasi perap dulu....perghhh...mau makan sampai licin dibuatnya..
Hujan..Hujan ...angkat kain lerr...
Dua tiga hari nie hujan tiap-tiap hari turun .. kalau tak pagi petang..kalau tak petang malam.... aahh baru sedap sikit cuaca...sejuk..syukur pada Allah swt... harap-harap walaupun hujan biarlah ramai yang pergi makan di D'muara itew... kesian jugak tengok aku ini yang pening-pening lalat mengaturkan duit syarikat...
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha mengetahui akan hasrat hati hambaNya...Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)